Tuesday, March 20, 2018

SIRI KENANGAN LALU - PANGGUNG HAPPY DUNGUN

MEMORI PANGGUNG HAPPY

Di siri yang lepas, aku telah ceritakan tentang Panggung Fajar, kali ni aku nak cerita pula tentang sebuah lagi panggung wayang gambar (pawagam) iaitu Panggung Happy yang terletak di Kuala Dungun. Jarak antara kedua-dua panggung ini lebih kurang 5km.

Sebenarnya tak banyak memori aku tentang Panggung Happy ni sebab ia jauh dari rumah aku. Ketika itu aku tinggal di Jalan Bunga Raya. Disebabkan Panggung Fajar lebih dekat dengan rumah jadi aku lebih kerap menonton di panggung itu.

Panggung Happy ni terletak berhadapan dengan Padang Astaka dan bersebelahan dengan Stesen Bas Dungun (kini dipanggil Hentian Pengangkutan Awam Dungun).

Panggung Happy ni kerap menayangkan filem-filem Hindi, Indonesia dan Inggeris. Harga tiketnya lebih mahal sedikit dari Panggung Fajar. Kalau tak silap aku paling murah RM1 dan paling mahal RM2.

Disebabkan penjaga pintu panggung tu kaum kerabat ayah aku, seingat aku namanya Pak Man, jadi aku selalu dapat masuk free. Alah, setakat aku sorang masuk free takkan tokey panggung tu boleh bangkrap pulak kan..hihi..

Panggung Happy ni cuma setingkat. Saiznya lebih besar, lebih luas dan selesa berbanding Panggung Fajar. Di bahagian tengah hingga ke belakang kedudukan kerusi lebih tinggi untuk memberi keselesaan kepada penonton.

Aku tak pasti bila Panggung Happy menamatkan operasinya sebab aku dah ke Kuala Lumpur untuk bekerja di sana. Namun panggung ni macam Panggung Fajar juga, menjadi tumpuan warga Dungun sewaktu era 70an dan 80an. Majoriti penonton adalah golongan muda dan para nelayan kerana panggung ini terletak berhampiran dengan Pasar Dungun dan jeti pendaratan ikan serta hasil laut.

Panggung Happy ini kemudian dirobohkan setelah terbiar agak lama. Dengar cerita, bangunannya retak dan boleh mengundang kejadian yang tak diingini, jadi sebab itulah tokeynya ambil keputusan 'tutup kedai'.

Mungkin juga sebab penonton dah berkurangan apabila munculnya Home Video tape bersaiz besar (masa tu belum ada vcd) yang boleh disewa dari kedai HV membuatkan orang lebih gemar menonton filem di rumah.

Aku adalah antara generasi yang bertuah kerana pernah melalui dan merasai pengalaman menonton di pawagam tradisional. Kenangan lalu tetap terpahat dalam ingatan.

Ikuti blog saya: www.malimrindu.blogspot.com


Tapak asal Panggung Happy

Hentian Pengangkutan Awam Dungun





No comments:

Post a Comment