Tuesday, March 20, 2018

SIRI KENANGAN LALU - PANGGUNG FAJAR DUNGUN

MEMORI PANGGUNG FAJAR 

Pengalaman menonton wayang sewaktu zaman kanak-kanak dan remaja memang menyeronokkan. Apa tidaknya dengan berbekalkan wang sebanyak 40sen, aku sudah boleh menonton filem kegemaranku.

Sekitar tahun 70an dan 80an terdapat dua panggung wayang gambar (pawagam) di Dungun iaitu Panggung Fajar dan Panggung Happy.

Panggung Fajar (disebut juga Panggung Mek Kit) dimiliki seorang tokey Cina terletak di laluan Jalan Baru-Kuala Terengganu berhampiran lampu isyarat Pasar Buah. Manakala Panggung Happy terletak di Kuala Dungun.

Seingat aku, Panggung Fajar ini banyak menayangkan filem-filem Kantonis (Cina), Melayu, Indonesia dan Inggeris. Disebabkan selalu menonton filem Kantonis, aku jadi minat kepada aktres terkenal Hong Kong iaitu Maggie Chung dan Cherrie Chung.

Kalau tak silap aku ketika aku mula pandai menonton wayang, tiket yang dikenakan adalah 40 sen, 60 sen, RM1.20 dan RM1.40 (untuk tingkat atas, sebab panggung ni dua tingkat). Tempat duduk di tingkat atas lebih empuk dan selesa macam kusyen bas lama tu.

Kiranya hanya orang yang berduit sahaja mampu menonton di tingkat atas manakala orang macam aku ni cuma mampu beli tiket berharga 40 sen dan 60 sen sahaja. Maklum la aku masih bersekolah, belum bekerja, mana ada duit. Nak menonton wayang pun duit mintak dengan ayah!

Tiket 40 sen (tempat duduk depan sekali hingga baris ke 5) memang menyiksakan. Kena mendongaklah sikit bila menonton tapi sebab murah punya pasal tak apalah. Kadang sakit juga leher sebab lama sangat mendongak. Maggie Chung dan Cherrie Chung punya pasal tahan jelah...

Waktu tayangan pula ada kalanya tiga kali sehari pada hari biasa. Seingat aku pukul 3, 5 dan 9 mlm. Jika hari minggu ada tambahan sampai 5 kali tayangan.

Itulah hiburan yang paling murah dah menyeronokkan ketika itu. Jika filem tu bagus sampai tiga kali aku pergi menonton! Punyalah minat.!

Selepas aku merantau ke Kuala Lumpur pada tahun 1993, beberapa tahun selepas itu pawagam itu dijadikan kedai menjual perabot, bagaimanapun ia terbakar selepas itu. Dan kini tapak Panggung Fajar itu terbiar begitu sahaja. 

Ikuti blog saya : www.malimrindu.blogspot.com

Panggung Fajar penuh dengan memori


Tapak bekas Panggung Fajar kini terbiar kosong


No comments:

Post a Comment