Sebelum ini. aku tidak mengenali Tanjung Leman yang terletak di daerah Mersing, Johor. Pernah mendengar namanya namun tidak pernah menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah, akhirnya aku tiba jua ke destinasi yang menghadap Laut China Selatan itu pada 25hb Feb 2011.
Tiada catatan menarik sebenarnya sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tanjung Leman. Permandangan kiri dan kanan biasa sahaja, maklumlah kami menyusuri Lebuhraya Utara Selatan yang berlatarbelakangkan ladang kelapa sawit dan getah, senario biasa yang kulihat setiap kali pulang ke kampung halaman ku di Terengganu ketika melalui Lebuhraya Pantai Timur.
Tapi yang menariknya dan rasanya inilah kali pertama aku lalui - kami (aku dan rakan-rakan media termasuk rakan-rakan dari Discover Global & Tour Sdn Bhd) terpaksa menukar bas sebanyak 3 kali sebelum selamat tiba di Felda Residence Resort Tanjung Leman. Memang memenatkan perjalanan 7 jam itu.
Begitupun, pengalaman menukar bas sebamyak 3 kali itu rasanya berbaloi kerana dapat menikmati keenakan Nasi Ayam Penyek yang ditaja oleh bos LC Catering Sdn Bhd, Haji Zaini Atan di Johor Bharu. Itulah pertama kali aku merasai kelembutan dan aroma Nasi Ayam Penyek. Memang sedap dan menyelerakan!
Kalau tak percaya, anda boleh berkunjung ke Restoran LC Catering yang terletak di Jalan Tebrau, Taman Melodies Johor Bharu. Thanks Haji Zaini.
Jam 3.30 petang, kami selamat tiba di Felda Residence Resort yang menjadi tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam itu. Baru 2 bulan dibuka. Tempatnya agak mengujakan meskipun lokasinya agak jauh.
FELDA RESIDENCE RESORT TANJUNG LEMAN
View yang menarik...
bersambung..
No comments:
Post a Comment