Terletak di Dungun, Terengganu, pantai yang menghadap Laut China Selatan ini merupakan destinasi paling popular bagi warga tempatan dan juga pengunjung luar.
Pantai sepanjang 10km ini mengunjur dari Kuala Dungun di utara sehingga ke satu lagi destinasi tumpuan pelancong iaitu Tanjung Sura. Di Tanjung Sura itu terletaknya Uitm Dungun.
Pasir pantainya yang kuning keemasan dan banyak lokasi memancing yang strategik menjadikan Pantai Teluk Lipat ini menjadi tumpuan kaki pancing.
Di sepanjang pantai ini terdapat puluhan gerai, warung dan restoran yang menyediakan pelbagai juadah tradisi dan masakan barat. Bagi penggemar ICT (ikan celup tepung) anda boleh menikmatinya di sini dengan harga yang berpatutan.
Pantai Teluk Lipat ini juga sesuai untuk aktiviti piknik (berkelah) dan juga riadah. Anda cuma perlu berjalan kaki sahaja ke pantai kerana ia hanya berjarak 200m sahaja dari pusat bandar Sura Gate.
Jika anda ingin menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dan merehatkan minda, Pantai Teluk Lipat boleh menjadi pilihan tepat dan terbaik untuk anda sekeluarga.
Selamat berlibur...
Ikuti blog saya : malimrindu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment