Episod 1
Sukacita, permohonan anda untuk menyertai syarikat kami diterima. Anda dikehendaki melaporkan diri pada...
Begitulah isi surat yang kuterima sekaligus menandakan aku akan memulakan episod baharu dalam kehidupanku ini.
1 Ramadan tahun 1993 aku sudah berada di pejabat akhbar tabloid, Mingguan Tempo di Taman Permata, Hulu Kelang untuk melaporkan diri kepada pengarang, Dahlan Maamor (kini Datuk).
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku hadir ke kota Metropolitan Kuala Lumpur. Dulu, aku pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan IPP, Kepong, Kuala Lumpur dan pernah tinggal di Selayang Bharu, jadi KL sudah tidak asing lagi kerana aku membesar di sini.
Setelah selesai sesi beramah mesra bersama kakitangan syarikat maka bermulalah tugasku sebagai wartawan media cetak.
Di sinilah aku mula mengenali sahabat karibku, Mohamed Ali Othman (kini jurukamera Majalah 3 di TV3), M Rozi Hassan, Zuraidah Abd Halim, Kamal Roslim (kini penerbit di RTM), Ruzana Jaafar, Rosmini Mohamad, Hasmidar Ali dan beberapa orang lagi yang kuingat-ingat lupa nama mereka.
Sebagai orang baru yang tiada langsung pengalaman, kerjaya sebagai wartawan memang menyulitkan. Aku hanya tahu menulis dan mengarang sajak dan cerpen sewaktu di bangku sekolah tetapi sekarang aku perlu mencari bahan berita, menemubual orang ramai dan berjumpa Pak Menteri serta artis untuk dilaporkan aktiviti mereka.
Tetapi mujurlah rakan-rakan baruku sedia menunjuk ajar dan memberikan beberapa tips berguna. Terimakasih pada mereka semua.
Beberapa bulan berlalu dan aku sudah membiasakan diri sebagai wartawan. Pulang lewat dari pejabat dan terpaksa bekerja hingga lewat pagi bukan lagi sesuatu yang menyusahkan. Sebagai wartawan kita perlu memberikan sepenuh komitmen dan memikul amanah serta tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.
Dimarah, dimaki sudah lali telingaku mendengarnya. Alah bisa tegal biasa kata orang. Pernah beberapa kali helaian kertas berita dan rencana yang kutaip digumpal, dikeronyok, dikoyak-koyak dan dibakulsampahkan oleh pengarang.
Tidak cukup dengan itu terkadang kertas-kertas itu dilempar-lempar seolah-olah menunjukkan betapa tidak bagusnya story yang aku buat. Terasa sungguh mengecewakan. Penat lelah jari jemari ini menaip berjam-jam terasa seperti langsung tidak dihargai.
Sememangnya pengarang ku ini amat garang. Jika dia mengherdik dan meninggikan suaranya, bukan sahaja rakan-rakan yang sama aras (pejabat kami di tingkat 2) akan mendengarnya malah rakan-rakan di tingkat 3 pasti turut terdengar!
Sabar. Itu sahaja ubat untuk hati yang kecewa. Dalam hati Allah sahaja yang tahu. Sedih, kecewa, marah, geram semuanya berbaur dalam perasaan. Tapi bila mengenangkan aku ini hanyalah pekerja cabuk maka aku anggap semua itu adalah proses pembelajaran sekaligus mampu mematangkan aku dan menjadi wartawan tersohor. Kononnyalah...
Belajar dan terus belajar, bereksperimen dan berjumpa rakan-rakan baru setiap hari menjadikan aku lebih sabar dan tabah mengharungi kehidupan sebagai wartawan dalam arus kota raya Metropolitan yang serba serbi mencabar ini.
Penghujung tahun 1993, terdengar desas desus mengatakan Mingguan Tempo bakal membawa haluan sendiri dan tidak lagi bersama dan sebumbung dengan dua lagi penerbitan lain iaitu Media Islam dan majalah SITI.
Editorial dan lain-lain staff mula diselubungi kegusaran. Masing-masing berbelah bahagi mahu naik sampan yang mana. Dan aku membuat keputusan untuk kekal bersama Mingguan Tempo berdasarkan naluriku.
Bersambung...

Muka depan akhbar Mingguan Tempo edisi ke 4, Oktober 1992
No comments:
Post a Comment